Wednesday, 5 October 2016

Aku

"Asniza! Look! What you have done to yourself? Tak sayang diri ke?" bisikku pada diriku sendiri.

Terkadang aku bertanya pada diriku, "Kenapa perlu susahkan orang? Kumpullah duit sendiri, beli apa yang kau mahu! Bantu ibu ayah dan adik-adikmu. Ini tidak, asyik mengharapkan belas ihsan orang!!!"

Mengherdik diri sendiri bukanlah sesuatu yang baik. Kau meruntuhkan nilai moral dan rohani dalam diri sendiri.
Kau sakit. Sumpah sakit!

Tak tahu ke mana lagi harus aku tuju. Berdoa semata tidak cukup.
Tuhan nak tengok effort aku.

Mana effort? Mana?
Tak ada!
Dasar manusia pemalas!!!

Solat pun kau lalai mengingati Tuhan kau.
Dalam apa jua perbuatan yang kau kerjakan juga kau lupa pada Tuhan dan Rasul kau.
Kau fikir mereka akan bantu?

Kerja Tuhan aku tak boleh persoalkan, kerana kuasa-Nya Maha Hebat.
La ilaa ha illallah........
Muhammadur rasulullah......

No comments:

Post a Comment