Wednesday 30 January 2013

Mr.Oogy-Bloggy ---> Mr.???

Hmmm.......... aku xtau nak ubah name ape kat blog aku nih...
aku rase name Mr.Oogy-Bloggy tu mcm x rock je...
huhuhu,......
Bloggy nak tuka name baru x??

Bloggy : Nak! Nak! bagi la name yg macho2 sikit!!!!!!

Aku : Mr.Phantomus Vendetta.....ok x??

Bloggy : err.... mcm............

Aku : ala....... abes tu? nak yg camne???
Bloggy : ok la tu... hahaha... saje je nak test kau..... ok, name baru aku skang Mr.Phantomus Vendetta ye...?

dah mcm jampi Harry Potter je woi...  

Aku : err...ok la tu kan?? hahaha.....


p/s: saje...... bla,bla,bla....

Wednesday 23 January 2013

Maulidur Rasul-12 Rabi'ulawwal

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
Assalamu'alaikum........................................ (let's start with SELAWAT ke atas JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW)

ya Nabi salamun'alaik.....


Alhamdulillah......syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan umurku utk menyambut Maulidur Rasul.... ya Allah, Alhamdulillah kerana Engkau memberikan ku peluang utk terus berselawat kepada Rasul-Mu...
actually, xnak celoteh byk2 dlm post nih......... sbb kite perlu muhasabah diri dalam menerjah kembali pengalaman2 kite sama ada yg bersesuaian dgn sunnah Rasulullah SAW atau sebaliknye....  so, renung-renungkan..........

mode: muhasabah diri...muhasabah cintaku by EdCoustic....



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL.! MAY ALLAH SWT BLESS US....!!
Ameen..................


Tuesday 22 January 2013

Masya-Allah. . . takuuuuuuuttt.!

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
(tetibe terpikir, pehal aku bg name ni kat blog aku? lantak le..)
hmmm.... title: Masya-Allah. . . takuuuuuuuuttt.!
ape yg aku takut sgt tuh?? okay actually camni, aku ade dapat satu surat yg tertulis pasal sesi temuduga utk kemasukan diploma IPT n whatsoever lah....... ramai org kate benda tu auta...
so, aku pun takut di-auta-kan secara automatik....
weyh, imagine lah interview nye 26/1/2013 n 27/1/2013 ni......
surat dapat tadi.... jadah ape???
huhuhu.............. actually benda tu x ade le menakutkan sgt mcm title post ni pun...........
perkara yg sgt,sgt,sgt menakutkan ialah..... hmmm.... jeng,jeng,jeng......!
aku takut bile aku dapat sambung blaja kat mane2, and kompem2 le jauh dari pandangan mata parents aku kan? aku takut aku lupe diri...!
Masya-Allah....mintak simpang sangat2 lah perkara2 camtu berlaku....
love ibu, love ayah,,,, huhuhu.........Anis and Asniza bukan camtu.......!!
I have my own personality.... (hamboi! babap kang...)
tapi takut gak la.... ye la, dah berjauhan dgn parents, kat tempat orang lak tu... xpenah pegi and xpenah kenal pun tempat2 tu, kompem2 le jadi jakun kan... and mesti la nak try itu ini, bla,bla,bla....
so, Anis Asniza....., "ye,saye..." plizz... behave yourself nanti ye.....
ibu ngan ayah dah pesan...."jangan lupe diri.... jangan sampai x ingat dunia... sentiasa ingat mati.."
Gulp! Anis boleh, Asniza boleh! yeah...!
insya-Allah....
Allahu Rabbi, please guide me.....!

_peace_love_harmony_

Monday 21 January 2013

SCM Player... Playlistku....

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
I just added another 3 songs in my playlist....(Halwa Telinga..)
 1. Bidadari by Munif Ahmad
 2. Albi Nadak by Fares
 3. Law Kana Bainana
+Maharku Untukmu by Alief
+Istikharah Cinta by Sigma
+Muhasabah Cinta by EdCoustic

yea...... so, sume skali ade 6 lagu dlm 1 playlist.....
actually, lagu2 ni aku selalu dengar waktu aku study utk SPM...
(eleh....study lah kunun....tido je lebih,... ish,ish,ish,,,,)
tapi seriously, lagu2 camni tenang sgt.......... lebih2 lagi tengah2 malam.........
kan........ daripada dok layan lagu2 cintan yg super-duper hiperbola bagai tuh..
better dok dengaq lagu2 camni............. kan???
hehehehe.... so,enjoy...................................

Sunday 20 January 2013

Yippie!! We're re-opened.!

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
Alhamdulillah..............akhirnye.......akhirnye....
A K H I R N Y E . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .  ! ! ! ! !
ehem! AKHIRNYE,pada 20 Januari 2013, family kami kembali meniaga mcm biasa setelah tutup selama 6 months!
(it's quite a looooooooooooooooooooong period, isn't it?)
hehehe..... Alhamdulillah, ALLAH SWT gave us a second chance utk mulakan perniagaan blk mcm dolu2..... ahak! siyes, aku excited weyh.......... rindu camne nak cedok air kelape, camne nak kire duit baki... *bisik-bisik*(cuci mate tgk abang2 encem...)
hahaha... weyh, encem ke????????? sekadar nak ilangkan boring leh ar...
kalo sampai tahap jodoh tu xde la..... giler ke???? kalo nak kena hambat ngan parang kelape bapak aku, try le wat perangai x senonoh tu! hehehe....


okay...ni sample business card ayahandaku.... tapi mane ilang ntah... hahahaha..... rindu!


haa.... ni name nye kelapa pandan+lemon..... xtau ape rase... customer2 aku kate sedap... so, Alhamdulillah le.... hehehe.....


haa.... u see apekah at the bottom of the glass?? ouh... tu bukan barli... that's lychee..... kelapa pandan+laici.... hmmmm........


huhuhuhu..........by the way, aku ingat lagi ke camne nak kire baki sume..............?? hohohoo... insya-Allah............... lagipun, meniaga ni kan sunnah Rasulullah SAW..... kan?????


~ ~ ~ ~ ~ ~peace,love,harmony~ ~ ~ ~ ~ ~



Thursday 17 January 2013

Gaza. . . Please forgive me. . .

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
juz read this..........................


Marilah peduli..cukuplah dengan perkara2 remeh yg diperbesarkan..buka mata,lihat dunia.

Assalamu’alaikum,
Namaku Fathi, dan aku adalah anak palestina. Aku berumur 20 tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini, dan menjadi saksi kepada segala apa yang berlaku. Peperangan, pembunuhan, kematian, pengeboman, dan pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa untukku. Kamu tahu, hatta dentuman bom dan muntahan peluru seakan-akan menjadi dodoian tidur bagiku.

Tetapi jangan kata aku bahagia, hakikatnya hatiku sering tercalar dengannya.

Aku membesar tanpa keluarga. Ayah dan ibuku telah terkorban apabila Israel merampas rumah kami. Masih jelas pada tubir mataku, bagaimana ayahku ditembak dengan kejam, dan ibuku dirogol tanpa belas kasihan. Bahkan, mereka dengan buas telah mengoyakkan perut ibuku yang ketika itu sedang mengandung, mengeluarkan adikku yang ada di dalam rahim itu, lalu menembak adikku yang tak berdosa itu berkali-kali. Mujur sahaja pejuang HAMAS tiba ketika itu, jika tidak, pasti aku tidak akan ada di sini, bercerita kepada kamu.

Aku masih ingat lagi yang ketika itu aku berumur 6 tahun. Pejuang Hamas yang menyelamatkan aku bernama Yahya. Sesuai dengan namanya yang bermaksud kehidupan, Allah telah mengizinkannya memberikan kehidupan baru kepadaku. Dia telah menjagaku, dan membesarkanku serta memberikan pendidikan kepadaku. Aku memanggilnya ‘bapa’.

Bagi aku yang melihat sendiri bagaimana Israel menamatkan riwayat seluruh ahli keluargaku, kasih sayang bapa membuatkan aku amat mengasihinya. Dia seakan-akan memberikanku cahaya. Ibarat matahari yang memberikan sinar buat dunia.

Namun bahagia tidak panjang. Kehangatan kasih sayang bapa terhenti apabila Israel melanggar perjanjian gencatan senjata. Bapa telah mati dalam satu pertempuran apabila Israel cuba menceroboh. Umurku ketika itu adalah 20 tahun. Memandangkan pada waktu itu madrasah tempat aku menuntut ilmu telah dirobohkan oleh Israel, maka aku mengangkat senjata dan berjuang bersama-sama pasukan Izzuddin Al-Qassam, yang merupakan sayap kanan HAMAS.

Perjuangan semakin sukar, kerana Israel telah berjaya membuatkan seluruh negara Islam yang lain berdiam diri dengan keadaan kami. Belasan tahun berlalu, peperangan terus berlaku, dan darah terus tertumpah. Nyawa saban hari melayang. Suasana sudah ada perubahan. Dari teruk menjadi semakin teruk.

Hari ini, buat kali yang entah ke berapa, Israel laknatullah telah melanggar perjanjian gencatan senjata. Malah, mereka telah berjanji untuk menyapu bersih segala penentang dalam serangan kali ini. Gaza, daerah bebas terakhir di Palestina, kini telah menjadi tumpuan serangan.

Israel tidak lagi menghiraukan pandangan dunia. Mereka sebenarnya langsung tidak takut dengan sebarang ancaman atau teguran yang dikeluarkan oleh negara-negara lain. Hal ini kerana, mereka tahu bahawa negara-negara lain tidak akan mampu berbuat apa-apa melainkan bersuara sahaja. Amerika telah menjadi boneka Israel lantas bertindak sebagai perisai buat negara zalim itu. Malah Amerika sendiri telah menghantar bantuan ketenteraan untuk Israel.

Kali ini, Israel menyerang dengan serangan yang amat dasyat. 200 buah jet pejuang telah dihantar ke ruang udara Gaza, dan melepaskan bom serta torpedo secara rambang ke arah bandar. Angka kematian pada hari pertama sahaja mencecah 3000 orang. Paling menyedihkan, yang terkorban dalam serangan buas ini bukan sahaja para pejuang, malah anak-anak kecil, perempuan dan orang-orang tua yang tak berdaya turut menjadi mangsa. Bangunan-bangunan banyak yang hancur dan roboh.

Gaza telah menjadi sungai darah. Suasana yang memang sedih kerana penjajahan sebelum ini, kini menjadi lebih menyayat hati. Mayat bergelimpangan di sana-sini. Mayat-mayat hancur juga banyak yang bersepah di atas jalan. Ada juga yang tertepek pada dinding-dinding bangunan. Kemusnahan peperangan kali ini memang di luar akal. Sepanjang aku mengharungi pertempuran di bumi Gaza, inilah peperangan yang terdasyat sekali.

Dalam kemusnahan dasyat disebabkan tangan Israel laknatullah ini, kami mendapat berita bahawa ada kerajaan dunia menegur tindakan zalim Israel. Namun, teguran itu membuatkan telingaku tambah berasap. Kamu tahu apa tegurannya?

“ Harap Israel boleh cuba mengelakkan serangan mereka dari rakyat biasa”

Pada aku yang berada di tengah-tengah Gaza ini, itu adalah teguran terbodoh. Mana mungkin hendak mengelak dari rakyat biasa? Adakah mereka mempunyai peluru berpandu yang boleh mengesan sama ada manusia itu askar atau tidak? Tahukah mereka bahawa Gaza ini penuh dengan rakyat yang tak berdosa? Malah torpedo dan bom yang dilepaskan oleh Israel mempunyai lilitan letupan yang besar. Mustahil tidak mencederakan rakyat biasa. Lihatlah apa yang terjadi di sini, kalau Israel boleh mengelak rakyat biasa, pasti tidak akan ada mayat-mayat anak kecil, perempuan lemah dan orang tua!

Hari ini, jet pejuang Israel telah mengosongkan ruang udara Palestin. Adakah mereka hendak berhenti? Tidak. Mengikut maklumat yang telah kami terima, mereka sudah bersedia di luar Gaza dengan 100 buah kereta kebal. Mereka hendak melunaskan kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh jet pejuang.
Aku di balik dinding ini, bersama-sama beberapa orang sahabatku, sedang menanti kehadiran mereka dengan hanya berbekalkan AK-47, senjata yang boleh dikatakan kuno jika hendak dibandingkan dengan senjata Israel. HAMAS telah menetapkan untuk bertempur hingga ke hujung nyawa. Maka beberapa kumpulan telah diarahkan untuk mensabotaj kereta kebal-kereta kebal yang memasuki Gaza. Kami juga diarahkan untuk merampas kereta kebal.

Ketika aku sedang menulis warkah ini, sebahagian anak-anak kecil sudah mula mengutip batu-batu. Aku terasa seperti hendak menangis. Aku jadi kagum. Mereka walaupun belum lagi berumur baligh, sudah matang untuk mengorbankan diri di jalan Allah SWT.

Aku berharap, Allah memberikan kekuatan kepada mereka sebagaimana kekuatan Rasul-Nya Dawud AS.

“Berapa banyak sudah pasukan yang kecil menewaskan pasukan yang besar dengan izin ALLAH,”

Aku merasakan bahawa apa yang berlaku pada saat ini adalah teguran Allah kepada ummat Islam seluruhnya. Yang aku tahu, ummat Islam pada hari ini sering bertelagah. Malah ramai dari kalangan mereka yang tidak ambil kisah akan keadaan saudara mereka yang lain.

Mereka hidup dalam suasana ananiah yang menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu untuk merasakan penderitaan saudara-saudara mereka.

Aku juga mendengar bahawa,negara-negara Islam di luar sana sudah tidak mengamalkan Islam di negara masing-masing. Pemimpin-pemimpin mereka leka dengan kesenangan yang ada. Semuanya tunduk dan sujud menyembah Amerika dan segala kuncu-kuncunya.

Aku tahu, ini bukan salah mereka. Mereka sebenarnya telah disuntik dengan jarum beracun semenjak akhir era Khilafah Uthmaniyyah lagi. Ummat Islam melemah, melemah, dan terus melemah sehinggalah jika ada saudara mereka yang dibunuh, dicincang, diinjak, terkorban, hati mereka langsung tidak merasa.

Apa yang berlaku kepada kami di sini, aku tidak melihatnya lebih dari teguran Allah kepada ummat Islam itu sendiri. Dengan keadaan Palestina seperti hari ini, Allah hendak menunjukkan betapa lemahnya ummat yang pada satu masa dahulu pernah menguasai 2/3 dunia. Allah hendak menunjukkan, betapa ummat ini telah meninggalkan ajaranNya dan melupakan deenNya. Dan sesiapa yag meninggalkan deenNya akan berada dalam keadaan hina.

Aku pernah mendengar peristiwa tsunami yang melanggar tenggara asia pada lima tahun lepas. Sehingga ada yang menyatakan bahawa itu kiamat kecil. Ketika itu, ramai yang menyatakan bahawa Allah telah marah, lalu menegur manusia dengan bala bencana. Aku hanya mampu tersengih.

Kamu tahu, di Gaza ini, kiamat kecil berlaku hari-hari. Tempat ini saban hari bergegar dengan dentuman bom dan bingit dengan muntahan peluru. Tetapi tiada manusia pun yang menyatakan bahawa apa yang terjadi pada kami ini adalah teguran Allah kepada mereka. Mungkin manusia tidak tahu yang ALLAH ada berfirman,

“Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. ALLAH mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”

Oleh kerana ketidak pedulian orang-orang Islam di luar sana, kami pasukan HAMAS telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan bumi suci ini. Kami menentang segala keganasan yang berlaku di sini dengan tulang empat kerat kami, dengan segala kudrat kami. Kami korbankan bukan sahaja masa dan harta, bahkan nyawa juga kami korbankan. Tetapi yang aku amat sedih adalah apabila, tindakan kami untuk mempertahankan tanah kami dikatakan sebagai satu tindakan keganasan.

Aku hairan dan pelik dengan orang-orang Islam di luar sana. Kamu tidak punya akalkah? Kenapa kami digelar sebagai pengganas? Sedangkan rumah-rumah kami dirobohkan, sedangkan isteri-isteri kami dirogol dan dibunuh tanpa belas kasihan, sedangkan anak-anak kami ditembak, sedangkan ayah dan ibu kami terkorban, semuanya dek kerana penjajahan Israel atas tanah kami. Adakah membela diri digelar satu keganasan?

Aku hairan, setahu aku, semua negara ISLAM dahulu menentang penjajahan di bumi mereka. Mereka menyah penjajah dan membenci penjajah. Tetapi apabila tanah kami dijajah, kami pula yang diselar sebagai pengganas. Mereka menyatakan kami tidak reti bertolak ansur. Aku hairan. Kenapa kamu bersikap demikian? Tahukah kamu bahawa Rasulullah SAW ada bersabda,

“Barangsiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka”

Kemudian kamu menyatakan bahawa jihad itu adalah jalan keganasan. Kamu pesongkan jihad kepada jihad-jihad yang kamu reka sendiri. Jihad masyarakat, jihad menentang pencemaran, jihad menentang kemiskinan dan pelbagai lagi jihad yang kamu reka, yang tidak utama, berbanding jihad kami yang sedang mempertahankan deen Islam ini. Sedangkan Allah telah mengizinkan kami untuk memerangi mereka yang menzalimi kami,

“Telah diizinkan untuk kamu memerangi mereka yang menzalimi kamu…”

Kamu tahu, hal Palestin, bukanlah hal kecil. Ini juga bukanlah hal pembebasan sebuah tanah.

Hal Palestin adalah hal deen Islam itu sendiri. Yahudi bukan hendak merampas tanah semata-mata, bahkan mereka hendak melenyapkan Islam itu dari muka bumi kita. Mempertahankan Palestin hari ini, adalah mempertahankan Islam itu sendiri hakikatnya. Kami sanggup berkorban, kerana kami sedang mempertahankan Islam. Kami bukan nasionalis, kami adalah hamba Allah SWT. Hanya Allah SWt mampu membeli jiwa-jiwa kami. Bukannya dunia atau perkara lain. Sungguh kami melihat betapa Allah hanya redha pada Islam, bukan pada negara-negara yang kita duduki. Allah telah berfirman,
“Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu deen kamu(ISLAM), dan aku sempurnakan untu kamu nikmatKu(ISLAM), dan aku redha ISLAM itu menjadi deen kamu”

Kamu tahu yang Masjidil Aqsa itu adalah tempat suci ummat Islam. Ia sama sahaja seperti Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Tetapi kenapa dua masjid itu kamu tatang seperti minyak yang penuh, sedangkan masjid suci di Palestin ini kamu biarkan? Bukankah masjid ini tempat Rasulullah dimikrajkan ke langit? Adakah kamu tidak berasa apa-apa apabila tembok tempat Rasulullah SAW menambat buraq dijadikan tembok ratapan oleh kaum yahudi? Adakah kalian lupa firman Allah?

“Maha Suci kepada yang mengisra’kan hambaNya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa yang diberkati sekelilingnya dan ditumpahkan cahaya kepadanya dari ayat-ayat KAMI”

Hati kalian telah dibius. Kalian hanya mampu bersuara tetapi tidak mampu bergerak. Tidak cukup dengan itu, kalian menggelar kami yang berjuang ini sebagai pengganas. Kamu tahukah apa makna semua ini? Ini menunjukkan Islam itu telah pudar dari penghayatan kalian. Kalian yang tidak bergerak membantu kami itu, adalah tanda lemahnya hubungan kalian dengan Allah SWT. Kalian lebih takut segala halangan yang direka oleh musuh-musuh Allah dari Allah itu sendiri. Adakah kalian lupa sabda Rasulullah SAW?

“Muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, jangan kamu menzaliminya, mengkhianatinya atau menyerahkannya kepada mereka yang hendak menzaliminya”

Bukankah ALLAH juga ada berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati ALLAH dan RasulNya, dan janganlah sesekali kalian mengkhianati amanah kalian sedankan kalian mengetahuinya”

Tapi pakah pengkhianatan yang berlaku hari ini? Apakah yang kalian akan katakan kepada Allah pada hari kelak akan pengkhianatan yang kalian lakukan kepada kami hari ini?

Adakah kalian sangka, Israel itu akan berhenti selepas menawan Palestin ini? Ketahuilah yang mereka itu akan bergerak menawan seluruh negara Islam yang lain selepas menyelesaikan kerja mereka menawa Palestin. Mungkin aku telah tiada ketika itu. Tetapi aku tahu apa yang akan berlaku. Kamu tahu apa yang akan berlaku? Apa yang akan berlaku pada kamu ketika itu adalah apa yang telah berlaku kepada kami ketika ini. Ketika itu kamu akan merasa sebagai mana yang telah kami rasai hari ini. Allah telah berpesan,

“Tidak akan sesekali redha yahudi dan tidak pula nasara sehingga kamu mengikuti jalan mereka”

Tidak cukupkah penderitaan kami? Sehingga bila kamu semua hendak tidur memekakkan diri? Hari kamu akan tiba nanti andai kamu tidak bergerak lagi. Ketika itu baru kamu merasai apakah seronok digelar pengganas di bumi sendiri.

Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan menjerit memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita. Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini. Kamu tahu, kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.

Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat? Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama. Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.

“ Ya Allah, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.”

Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?

Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.

Kalian tahu, mereka yang mati syahid tidak akan dihisab oleh pertimbangan Allah. Kami akan diberikan keistimewaan untuk terus masuk ke syurga. Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya.

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung”

Pasti kalian akan meminta dijadikan sebagai tanah ketika itu.

“ …alangkah baiknya jika dahulu aku hanyalah tanah”
Kamu tahu, aku dan semua sahabatku, juga semua mereka yang telah mati terkorban, terbunuh di sini, tidak memerlukan belasungkawa kalian. Yang kami perlukan adalah perubahan diri kalian. Kita saudara bukan? Kenapa kalian mesti membiarkan kami?

Berubahlah. Berubahlah dengan menjadi hamba Allah SWT. Ketahuilah bahawa Islam itu satu. Palestin juga adalah tanah kamu. Kenapa kalian membiarkan kami? Buangkanlah wahan dalam hati kalian. Dunia ini hanya sementara. Akhirat jualah yang benar dan kekal abadi selama-lamanya. Bukankah Allah telah berpesan kepada kalian,

“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasan kamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, sungguh dia telah memperolehi kemenangan, kehidupan di dunia ini tiadalah lebih dari kesenangan yang memperdaya”

Kenapa kalian mesti takut dengan segala sekatan Israel dan kuncunya Amerika? Adakah kerana mereka memegang nyawa kalian? Adakah kerana mereka memegang harta kalian? Wahai saudaraku, hilangkanlah cinta dunia dan takut mati kalian. Allah jugalah yang memegang nyawa kalian. Allah jugalah yang menjaga kalian. Allah jugalah yang berkuasa atas kalian. Bukankah ALLAH sering mengulang di dalam Al-Quran,

“Sesungguhnya Allah itu berkuasa atas segala perkara”

Aku ulang, hidup kita hanya sementara. Hanya sementara. Kenapa kalian sia-siakan akhirat yang selama-lamanya untuk dunia yang sementara ini. Apa yang kalian takutkan?

Janganlah kalian hanya menjadi buih, dijentik terus pecah. Rasulullah telah mengetahui akan datangnya zaman ini. Sabdanya,

“kelak ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapart menggerumuni hidangan”

Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn”

Sahabat bertanya lagi, “Apakah wahn itu ya Rasulullah?”

“Cinta dunia dan takut mati”

Aku dengar kalian mempunyai banyak tentera dan senjata yang hebat-hebat. Kalau seluruh negara Islam bersatu, Amerika juga bukan tandingan. Hendak menentang Hizbullah pun mereka tidak mampu, apalagi menentang kesatuan kalian. Kenapa kalian takut? Sungguh ketakutan yang hadir dalam diri kalian adalah tanda keimanan kalian belum lagi benar kepada Allah SWT.

Marilah membantu kami. Bukankah di dalam Al-Quran yang kalian kita sama-sama membaca ada tertulis,

“Dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian(ketika mereka diserang) kerana ISLAM, kalian mestilah sudi menolong mereka”

Ah…

Kereta kebal mereka telah mampir. Aku mesti bersiap sekarang. Kalian tahu, walaupun kami mati, kami akan masuk syurga. Kalian yang terus hidup akan ke mana? Kalian akan dipersoalkan atas apa yang berlaku pada kami hari ini. Allah bersama kami dan tidak bersama-sama musuh kami. Mati kami mati mulia, menang mereka menang hina. Kami jugalah yang menang sebenarnya.

ALLAH itu matlamat kami,

Rasul itu contoh ikutan dan pemimpin kami,

Al-quran itu perlembagaan kami,

Jihad itu adalah jalan kami,

Dan mati di jalan ALLAH itu, adalah cita-cita tertinggi kami.

Aku tinggalkan pesanan ini, moga pesanan ini tidak hancur dimusnahkan oleh kemusnahan yang berlaku di sini. Pesanan ini untuk kalian. Ya, kalian. Saudaraku, seaqidah denganku.

Semoga Allah mencampakkan kesedaran dalam hati kalian, semoga Allah membangkitkan raksasa yang tertidur akibat bius yang disuntik oleh musuh, semoga Allah membangkitkan kekuatan kita. Semoga ISLAM itu kembali tinggi seperti dahulu kala, atau mungkin lebih baik lagi.

Janganlah kalian takut, sesungguhnya ALLAH telah berjanji,

“Sekiranya kamu membantu ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu dan menguatkan kaki-kaki kamu”

Ketahuilah, Allah tidak akan ubah nasib kita, melainkan kita berusaha.

Allah mengingatkan kita dalam firmanNya,

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada pada diri mereka”

Salam dari sahabat dan saudara kalian, anak Palestina bumi berdarah, bumi perjuangan, bumi pengorbanan.

Selamatkanlah diri kalian dari api neraka. Sesungguhnya api neraka itu azabnya tidak terkira.

Wassalam.

Anak Palestina, Fathi Abzinah
.

Wednesday 16 January 2013

Contoh Mr.Right aku. . . err...maybe?

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
okay, have u heard name "Fatih Seferagic" before? nope?
okay, let me tell you...............
Fatih Serefagic is a 18 years-old guy yg jadik imam solat terawih tahun lepas...
suara die................subhanallah..... merdu weyh..............................................! ! !
hey! do u guys think that I wanna try to flirt? err.... jadah English cmni weyh???
hehehe.... tapi.... aku mmg adore suara die...
he had such a lovely voice,,,,, lovely yg macam mane??? hehehehe.......... mmg kalo die bace surah2 dalam Qur'an tersentap jiwa nurani aku sume weyh............. jiwa brutal leh jadik lembut wa gtau sama lu...
hik,hik,hik *malu!*
xpenah tgk Fatih Seferagic? okay.... see below ya!




err....nampak macam aku ni gatal ke?? I think this is called as 'gatal bertempat' kot..... hehehe.... okay, title aku pun aku tulis "CONTOH MR.RIGHT AKU...." so, xsalah le kalo aku luahkan lelaki camne yg aku minat kan........ contohnye, I repeat, contohnye, I repeat again, CONTOHNYE..... Fatih Seferagic le.... contoh macam beliau lah..... aku suke suaranye, n mukenye yg tenang je.... cool gitu... hati girls mane yg x cair??? hehehe.... oh ye... one more thing... die ni cikgu Qur'an kat.....kat....kat USA ke kat mane ntah... x tanya lak die.... hehehe.... and yesterday, he made me cry... how? okay... I've listened to his recitation of Surah el-Kahfi which is my favourite Surah dalam Qur'an.... n bile aku dengar beliau alunkan dlm youtube, aku terus....nanges!!!! nanges u know..... kuat betul penangan die nih... kalo suatu hari nanti jumpe die ni, okay gak... hehehe... *gatai!*
die ni, walaupun umo sebaya aku, tapi die nampak more matured la... ouh...ouh.... cairrrrr.... cairrrrrr!!!!
sebab tu aku rase nak sgt tau pasai die nih...

okay, below here ade surah el-kahfi yg aku dengar semalam... kalo ade sesape yg xde rase pape bile dengar surah2 seperti ni didendangkan, aku doakan, Allah SWT tunjukkan hidayah kat korang... Amin.....


Surah el-Kahfi by Fatih Seferagic


okay... actually aku bukannye nak merendah2kan lelaki Melayu ye... tidak same sekali... aku salute lelaki Melayu...and aku berharap ade lelaki Melayu yg seakan2 macam beliau nih... and aku bukan nak kate aku ni sempurna...aku sedang berusaha utk menjadi Muslimah yg lebih baik, insya-Allah...... Allah SWT pasti akan membantu dalam perkara2 yg baik bukan...?

so, #peace#love#harmony

Tuesday 15 January 2013

Tudung VS Fashion. . .

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
aku xpaham dengan orang zaman la ni.........
especially Muslimah.................
now, I teach myself to cover my head, my hair dgn elok............. bertudung dgn tudung yg labuh, wlaupun xde le labuh smpai ke lutut, at least I'm trying..................
aurat........................ pkai tudung dada terdedah, lengan terdedah......
aku selalu ingatkan diri aku sendiri, "aku sayang ayah aku, aku sayang atuk aku, aku sayang abang aku, aku sayang adik2 lelaki aku...." n I don't want to drag them to the hell gara2 menanggung dosa aku.!

ya Allah............. hamba-Mu yg bernama Anis Asniza ini masih dalam proses mencuba utk menutup aurat dgn sempurna......................

xmau terdedah2, xmau jarang2, xmau ketat2.... even pakai jeans pun kena pakai baju yg labuh......
walaupun ade orang nmpk aku brutal, imej brutal tu xmenghalang aku utk menutup aurat kan?
ade orang bersuara, "eh,minah WWE mcm ko tutup aurat ke?" n I thought, is it funny enough?
lantak kau lah weyh......... ko bukan ayah aku pun...... aku tutup aurat tu aku pny pasal lah kan...
die sape nak halang aku tutup aurat??

kebengongan abadi milik anda, wahai saudara................ fikir2kan n jgn dok drop2 orang cmtu je!

Makkah. . . I'm coming. . .

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
aku teriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiingin sangat nak pi Makkah.....
nak tunaikan haji n umrah..... macam orang dok wat tu........................
TAPI
aku xmampu................................... mmg le aku xmampu sbb aku pun lom keja, duit pun takdak.....
kalo nak sembang parents, parents aku pun xmampu..........
TAPI TAKPE,
kalo ade rezeki, satu hari nnt, insya-Allah, aku akan bawak family aku pi Makkah tu gak...
sebelum kami menutup mata kami utk selama-lamanya...............

see?? langit di atas Kaabah... soooooooooooooooooooooo.....magnificient! subhanallah!
subhanallah...! 


Masjidil Haram, isn't it? oh Allah!! 


oh Allah....... dari jauh luar atmosphere I think.... pun leh nampak bercahaya, berseri-seri
weyh......!!! nak pegi sana!!!!!!!

Monday 14 January 2013

Playlist. . .

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
okay....kadang2 aku bukak blog aku mcm tenang je...
bukan tenang JE, tapi TENANG SANGAT ! ! ! !
hohoho...ade 3 lagu aku muatkan dalam playlist utk blog aku nih...

1. Law Kana Bainana by (unknown...actually aku xtau sape singer nye)
2. Albi Nadak by Fares
3. Bidadari by Munif Ahmad (Hijjaz)

nape aku letak lagu2 ni dlm blog aku? first, of coz le aku nak kan ketenangan bile nak bace n update blog aku ni.... dah la kaler pun kelabu asap ngan itam...... better buh lagu2 yg enak didengar sbagai halwa telinga aku, n insya-Allah menenangkan orang yg bace entries aku nih......

Lagu Law Kana Bainana sengaja aku amik bile first time aku dgr kat channel tvalhijrah... tv show tajuknye Law Kana Bainana jugak... n aku pun, "hmm....best lah lagu ni...try search la..." as I listened for that song once n twice, I cried u know..... tersentuh hati aku beb.....! hahahaha..... sukaaaaaaaaaaaaaa!!!!

then, utk lagu Albi Nadak pulak first time aku dgr wktu one of my fb members share kat wall die link lagu ni... aku pun try lah dengar... try punya try, aku mcm, "eh, masyuk ar lagu ni.... I fall in love....ahak!" so, aku bercadang utk rembat lagu ni masuk ke blog....

and,and,and Bidadari lak.,aku dengar kat laptop sifu aku.... aku wat keje guna laptop sifu aku.... ye la, student (mase tu aku form 5) mane leh bawak laptop n gadgets so on lah kan..... tp ramai gak yg bawak.... langgar je rules! hehe...bile da dengar tu, kwn aku, Shafiza, pun bersuara.."eh, lagu ni sedap lah... dah lame xdengar...." aku pun angguk je...mengiyakan ape yg die kate tuuuu...........................

tu lah, sejarahnye.... memang aku xjemu lah nak dengar lagu2 ni sume.....mule2 aku nak letak je lagu Avenged Sevenfold n lagu System of a Down, My Chemical Romance... then aku rase, better tuka sket selera.... hohohoho... peace!

Saturday 12 January 2013

The Phantom of the Opera is here. . .

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
hohoho.... today, I wanna share my interest lah...
(chewah...speaking lak aii!)
tgk le title nye ape kan....

THE PHANTOM OF THE OPERA IS HERE...............
INSIDE MY MIND....

ahak! bg aku, citer Phantom of the Opera ni is the bessssssssssstt movie I've ever watched!
(mcm xbetul je English aku... hmmm...)

okay, here's the movie down here... enjoyyyyzzz.....



Phantom of the Opera

Friday 11 January 2013

Relationship between. . .

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
hehehe.... ok, Awal Muharram 1434H, aku ade gi surau....
n dengar ceramah pasal Maal Hijrah lah......
n aku quite terhibur dengar ceramah tu sbb ustaz tu dok sebut, "kosong....kosong..."-versi Najwa Latif
*kunun....

btw, antara isi ceramah beliau, see below...------>



haaa.............................. HABLUM MINALLAH and HABLUM MINANNAAS.........
ok, aku nak tny, kite blaja science mesti ade soalan, "What is the relationship between RV n MV?", am I rite??
hehehe,,,, *xnak flashback waktu SPM!*
if someone asks you, "What is the relationship between human and God (Allah SWT)?"
you may reply something like this, "Human is DIRECTLY PROPORTIONAL to GOD (ALLAH SWT)"
peace!!! hubungan sesama manusia MESTI selari dgn hubungan dengan ALLAH SWT....

got it?? Alhamdulillah..................

#aman,sayang dan harmoni?

Sanah Helwah,Ibu. . .!

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
today is my ibu's birthday....
hehehe... I've made something special for ibu...
jeng3...!!!



tada..............!!! haa... Dessert Castard Cocktail.... first time i ols wat, u ols..... berpeluh2 i ols ngadap 2 bijik periuk atas dapur tadi... hehehe... Alhamdulillah............. Allah SWT mmg membantu aku tadi.... 
and Alhamdulillah gak aku leh blaja masak sorang2..... ibu, nah try rase.... hehehe....
ayah, nak try rase gak...... hohoho...

Ape-ape pun... SELAMAT MENJAMU SELERA!!

Bismillahirrahmaanirrahiim..............................................................................................

Thursday 10 January 2013

aku dan statusku di fb. . .

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
hehehe.... aku bersyukur sbb ade org kate post2 aku kat fb sronok, xboring n maybe ade yg bermanfaat..
alhamdulillah, thanks u ols... ahak! *kembang kejap
ok, ni some posts yg aku copy blk n letak kat sini... sape yg singgah tu, hope sudi2 le bace....
hohoho....

1 ) Tajuk:REZEKI
PENGAJARAN UNTUK MALAM INI.(pngajaran ke? sukati i ols lah kan.? ahaks!) okay,here's a mini drama n my conclusion ke, deduction ke,hape ke kan,sukati lah..hope ade point.. kalo rajin,bace le..xrajin pun,ade i ols kesah? n i ols tau it's quite a pnjg story..ahak! *gedik

memandangkan fmily we ols da lame xniaga,ade je makciks n pakcik yg suke tny ibu i ols, "da xniage ke?" or "nape x niaga?". i ols cian tgk ibu i ols, da mcm kaunter ptanyaan je.. recently,ade sorg makcik tny ibu i ols.........

Makcik : dah xniage ke? nape xniage? kang planggan lari kan susa..xtakut ke planggan lari? (lbeh kurg cmni ar..but dis makcik was too bzbody)

Ibu i ols : hmm..ntah la..xtau la nk ckp cmne.. *tersnyum hambar barangkali

my conclusion---> Ek'eleh makcik..kalo planggan lari pun,xkan kami nak kejor? ate byk keje laen yg leh dibuat..wat penat we ols je dok men kejar2..igt pilam hndustan ke nk men lari-kejar Kuch2 Hota Hai? Kuch2 Hotak Hang buley la..

#REZEKI di tgn Allah n REZEKI tu rhsia Allah.. kite bkn the God nak tentukan REZEKI org ke,planggan lari ke or whatsoever lah kan..

renung2kan..




2 ) TAJUK: NAMA & PENAMAAN
actually aku da perhatikan bnda ni lame dah di fb.... n terpikir nak luahkan kat status ni... hmm..aku heran ar... nape bile taip name ALLAH n Rasulullah SAW (bile nmpk name Baginda, plizz selawat..), rmai yg taip dgn huruf kecik pd huruf pertama... nape ek?? TAPI, kalo name boyfie/girlfie *jap nak muntah* pndai pulak nak taip besar2... agaknye kalo ade font size 72 kat fb ni pun depa guna utk taip name boyfie/girlfie gak kot... *ok,aku nak muntah lg*.. beb, kite ni hamba Dia, n kite ni umat Baginda (plizz selawat again) kena la hormat nama-Nya dan kekasih-Nya kan????????? kan?? kanzzz??? #aku tau aku poyo,so what?# so, plizz, ubah le care mengkeme2 tu... wat pe memuja nama org yg xpasti dan xkunjung tiba? *hahahaha* kan? bukankah kite disuruh utk menyanjung,memuji,memuja,memulia dan mengagungkan name Allah dan kekasih-Nya.. bukannye menyanjung,memuji,memuja,memulia dan mengagungkan name boyfie/girlfie u ols-u ols tuu................... (aku mgharapkan ade font size yg paling kecik dlm fb utk taip words "boyfie/girlfie") *muntah n nak check in hosp.sg.petani*
Renung-renungkan...

kalo SETUJU, Alhamdulillah... kalo nak bangkang, aku sarankan pi amik wudu' la ni gak, pi hampar sejadah n perform Solat Sunat Taubat Dua Rakaat Lillahi Ta'ala.... now!!! (aku pun bknnye baik sgt pun...tp, tegur utk kebaikan bersama saudara sesama Islam.....amin..) ^_^



3 ) TAJUK : AURAT ~okay..maybe ianya pnjg, tp kalo sudi, bace le~
Once Upon A Time in Class 5SC.............................. (ape pny intro ni? hehe..)
ok la, actually nak sembang2 sket psl AURAT... u know apa itu AURAT? tau? alhamdulillah...baguz.....baguz... wa tabik lu org! ok, citor'eh cmni...
aku.... aku,yes aku...si Anis Asniza ni.... haa... aku dlu kalo pkai uniform skola, mesti pkai inner lengan pnjg.... MESTI !

n kadang2 org mempersoalkan, "anis, ko xpanas ke? da la pkai bju cotton ni, berkancing lak tu, then dlm pkai inner lak..." yang aku lak jwb, "wa ok je...xde hal.... *sengih*..."

kadang2 dlm kelas suhunye xmenentu sgt,kejap2 panas, kejap sejuk... time panas membahang aku suke sentengkan lengan bju aku n nmpk le lengan inner yg terjulur kluor... then, my classmate (FYI, die seorang boy) tegur aku, "anis.... tu lengan tu... tutup sket.... xelok..." (die tegur aku lembut2 weyh...!) yg aku lak, "lek ar...ade inner ni..... hehe..." wlaupun aku menjawab mcm aku xendah ape die ckp, dlm mase yg same aku ikot ape die kate tu...,so aku turunkan lengan bju skola aku blk, cume x kancing je le... hoho... die senyum je le....menunjukkan yg die puas ati aku ikot ckp die... kadang2 kalo stay petang2 utk ape2 activity, slalunye, kami2 pkai t-shirt... n aku masih dgn habit aku suke sentengkan lengan bju... n aku pasti akan ditegur, "anis......xelok....turunkan blk...." aku: "ooopps! okay.....*sambil turunkan lengan baju*"

beb, aku tabik kot ade kwn cmni.... die menegur kite psl aurat kite... maknenye die menghormati insan yg bername PEREMPUAN... u ols...! ni la yg leh dinamekan kwn tau... baguz..! gudjob kawan....

#walaupun kite pkai inner skali pun, xsemestinye AURAT dah di-cover spenuhnye... tu cume ttup URAT je.... ahak! renung2kan....PEACE! ^_^



4 ) TAJUK: HIPOKRIT OR IKHLAS DARI HATI? (or saje nk dpt like lebih?)
okay... ni juz pendapat aku... I'm an observer.. hohoho.. *poyonye! dont trust me!*
kalo ade sesape terase psl post ni, I'm so sorry!!!!! (jadilah pemaaf krna itu lbeh mulia... hehehe)
ok,cmni citernye..aku slalu ter....terr..terrrrrr-bace post org yg kluor kat newsfeed aku...n aku rase org2 yg post tu mesti rmai kwn, chantek, hot n so on lah... kadang2 aku nmpk mereka nge-post ttg "CINTAKAN ALLAH", "MENDAPAT CINTA ALLAH", "CINTA ALLAH LEBIH DIREDHAI" n yg same wktu dgn nye lah.....

then, a few minutes later, aku nmpk org yg same, nge-post something like this, "Saya Sangat Merindui Awak...", "harap2 cinta kita mendapat redha drpd-Nya..", "saya xleh hidup tnpa awak..." dan ayat cintan-cintun jiwang-rusting yg sewaktu dgn nye lah...
(padahal lom kawin lg weyh!)

kalo nak post psl agame, care mendapat cinta-Nya, u ols, mmg aku tabik sgt2...!! sekurang2nye ade point nak mengubah diri...n hati aku sedikit terusik utk mgubah diri aku gak.... TAPI... bile org yg same tu ade post yg xbest dibace mcm...ye lah... phm kan? aku rase mcm.... "die ni ikhlas ke x? e'eh? kejap2 cintakan ALLAH, kejap2 cintakan boyfie, yg mane satu nie???" CUMA SATU! JANGAN BUROK SANGKA WAHAI ANIS ASNIZA!!!!

#peace,love,and,harmony...reggaeSAMPAIpagi....

Hijabbers and Niqabbers. . .

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
okay... aku ngaku yg aku mungkin x mampu jadi one of the niqabbers
like they all yg di bawah ni...









TAPI............................ insya-Allah, I'll try my best to be a good hijabbers
like they all di bawah ni.....




okay... actually, I feel really ashamed dgn bdk2 comey di atas....
see? kecik2 lagi da pndai berhijab.... comey weyh!!!
aku ngaku yg aku still ade kekurangan dlm berhijab...
BERHIJAB bkn sekadar belit tudung atas kepala, labuh ke perut je....
BERHIJAB juge termasuk dr segi percakapan, pandangan mata, perlakuan, nafsu n I think u know what I mean....

so, aku cube didik diri aku utk...........

# cover my feet with a pair of thick socks
# cover my outer skin with thick clothes/outfits
# cover my tongue with zikrullah
# handle myself from doing those ntahpape activities
# n so on lah........

PAham-paHAM lah ye........ Peace...!



Wednesday 9 January 2013

such a...............

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
sometimes I think that, kat sini is better than fb, u know? haa? ask me 'why'?
lem'me tell ya....!
I saw many cliche(klise) status yg depa suka tulis cmni.....:
"I love u so much hubby..", "Tahukah anda yg saia amat mencintai Capital A-Z?", "I single la...", "sape kat sini suke saya? like status saya,...single? saya pun single..", "nak bf/gf satu...", "i already taken...ahak!", "____________ Married/Engaged to _____________" so much more la kot... siyes...

n kadang2 aku rase mcm.............. "eeuuwww!! what kind of desperate u are?", "err... die binik or lakik korg ke??", "lah, dah kawen...? tapi..... nape semacam je..?. xde lak aku nmpk org upload gambo2 nikah...", "blaa,blaa,blaa... hari2 bace status cintan,cintan,cintan...jiwang-rusting sioooott!!!!", "ahh! nak block sekor2! or I gonna deactive my fb account..!"

******something like that laaaaaaa..............******

hey...that isn't relevant weyh! kadang2 nge-post COUPLE ITU HARAM n depa tau COUPLE ITU HARAM... so, why they keep posting the same status over n over again? I know that Mr.FB always asks us, "How are you feeling?", "What's on your mind?" okay, if people want to say that aku ni xlaku, just go on...  memang aku xlaku pun.....depa nak ckp aku jeles? sumpah aku sikit pun xjeles sbb aku ada parents.... they love me......n my lil' brothers n my lil'sister too... so xyah kesah sgt nak mencari ape? CHENTA? asal kapel tu chenta sejati ke? okay, aku tau aku xcukup ilmu agama, jahil.... tp, at least, I know that COUPLE ITU HARAM..... 

Ya Allah..., Ya Rasulullah... ampunkan ana berkenaan post ini.... ana cuma meluahkan pendapat yang bersawang dalam benak ana....amin ya rabbal'alamin............................................

Tuesday 8 January 2013

Pesanan Bijak Pandai...

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
today,I've learned some new things that might be useful to me...
see? kadang2 kite kena gak berpada2 pilih kawan (even prinsip aku ni "TIDAK MEMILIH KAWAN DI MANA JUA AKU BERADA")
so, Imam Al-Ghazali ade bg tips dlm memilih kawan yang BAIK... 
I repeat... kawan yang BAIK...!!!! haa... so, rajin2kan mata anda+mata aku utk baca fakta di bawah :






Ibu dan Ayah merupakan idola aku yg ke-3 dan ke-4 (selepas Baginda SAW dan para sahabat...)
so, hampa toksah la dok bangga sgt nak cintakan org tu lah, org ni lah, jiwang-rusting bagai la...
aku bukannye jeles, cume meluat melihat aksi2 dan gelagat yang aku leh cop sebagai TAK RELEVAN... 
hallo,hallo,hallo! cintakan parents yg dok tatang kita dr kecik dulu... yg kategori gadis, korg penah trpikir x yg parents kite dok 'SUPPORT' dosa kita? apadia? xterpikiaq lgsung?? go die, young lady... xlayak idop... aku bukannye nak caci ikot suka rasa, aku cume renung2kan ape yg terbuku dlm hati,minda,limpa sume ni...
so, fikir2kan... aku tau, korg boleh!



hmm... tgk doa di bawah... so simple n juz nice.... kan?? nak bangkang?? pi main jauh2 naa....
DOA MEMOHON ANAK YANG SOLEH@SOLEHAH... bakal2 parents, n para2 parents leh amalkan ni... hehehe.. ni mcm kind of advertisement gak ar....takde la.. kadang2 aku ade gak perhati gelagat parents yg suka maki hamun caci anak2 depa... agak2 la... bila anak wat hal tu, kes tu, kes ni, masuk lokap, salahkan anak pulak.. padahal salah sape? aku xnak blame insan yg bername PARENTS... NEVER BLAME'EM! parents da lahirkan kite, jage kite, jgn sesekali salahkan depa... cume depa yg kena tgk blk ape yg depa dah wat... kan? kan? mcm satu kisah, (aku xigt mengenai sape) tp ade disebutkan yg..:

 seorang bapa mendakwa yg anaknye derhaka kepadanya.... dan anaknye menceritakan hal sebenar kpd...(i think salah seorang sahabat Baginda Rasulullah jugak..) lalu berkata, "bapaku telah meletakkan name yg buruk kepadaku..." maka, si sahabat berkata, "kamu telah menderhakai anakmu terlebih dahulu dgn memberikannya nama yg buruk..." so dlm kes ni.... salah sape? haa... jangan jawab! juz... renung2kan.....


Monday 7 January 2013

Jakun. . .

Greetings Mr.Phantomus Vendetta.,
okay....I admit that...mule2 wat blog mmg aku akan ng-update aje.....
same le mcm mule2 aku wat fb dulu...
tp, fb tu sampai skang aku dok update status...
mcm ntah pape kan? sukati le......
actually, ni le design blog yg aku idam2kan.....
ala2 gothic+emo... tp aku bukan camtu tau... ahak!*gedik
kaler itam+kelabu....peh! da mcm design t-shirt kelas aku sioott.!
*ok..skang aku amat merindui bdk2 kelas aku..huhuu...*
down here my class t-shirt.... (hanchor english!)